DI HPA, ilmu memainkan peranan penting dalam kejayaan seseorang leader.
Ilmu merangkumi ilmu Herba, Produk dan juga Perawatan.
Di zaman Pengasas Almarhum Tn Hj Ismail Hj Ahmad, program ilmu sering diadakan. Boleh dikatakan setiap minggu pasti ada program ilmu.
Selepas ketiadaan beliau, program ilmu diambil alih anak murid beliau.
Selain penyampaian product knowledge ketika Program Bulanan syarikat, para leader dan herbalis juga mempunyai program ilmu mereka sendiri.
Antaranya Kursus Herbalis Ekspres (KHE) dan Kursus Usahawan Herbalis (KUH).
Antara team yang selalu mengadakan kursus ilmu ialah Team PJS Herbalis Cikgu Mohd Sani Ibrahim dan Cikgu Shafariah Ibrahim.
Selain itu, team PJS Herbalis Tn Shamsuri Muat dan Pn Jamaliah Shaharuddin.
Tidak terkecuali PJS Herbalis Team Mus Irwan Mamat yang bergabung dengan Pakar Herba kita Herbalis Pn Norashikin Hassan.
Bagi yang berminat ilmu Herba dan Perawatan boleh mengikuti pengumuman dari semasa ke semasa oleh penganjur sama ada di FB rasmi HPA International atau FB individu penganjur.